Monday, August 10, 2009

Jerebu..

Kebelakangan ni ,cuaca semakin teruk..ditambah lagi dengan penularan penyakit H1N1 yang amat berbahaya..sebagai umat Islam,ape yang dapat kita lakukan adalah berdoa supaya dijauhkan dengan penyakit dan banyakkan solat hajat..

Last 2 weeks hr tu, aku gi tgk citer Harry Potter..best giler! sgt berbaloi la bli tiket wayang walaupun harga 10 hinggit.huhuhu.. tp on de way aku nk ke Dataran Pahlawan, makkkk aiii!! cuaca sgt2 teruk..pastu ternampak plak ada accident.tp x brapa nk teruk la..

Apa yang aku harapkan skang ni, semoga cuaca semakin pulih seperti sediakala..sb dalam keadaan camni penyakit senang merebak..harap2 kita semua terpelihara dari jangkitan penyakit berbahaya.. Aminnn!

Ni la accident tu! cian kete wira tu dan juga pemandunya..
dis pic aku amik masa dlm prjalanan nk balik johor..last week..

Thursday, August 6, 2009

Alhamdulillah...

Genap tarikh 6 Ogos 19.., lahirlah aku di dunia ciptaan Tuhan yang tidak terkata hebatnya..dan Alhamdulillah, sehingga ke hari ini juga genap 6 Ogos 2009 aku masih dapat bernafas dan mengecapi kebahgiaan di dunia ini. Hanya perkataan syukur dapat kupanjatkan kepada Allah S.W.T. kerana memberi aku peluang untuk hidup..
Hehehehe...pagi2 lagi ms aku nak bangun sahur untuk berpuasa pada hari ini, tetiba jer aku rasa ada kelainan di jari aku..emmmm...shocked n surprise.tu jer perasaan aku time tu..dgn mata terpisat-pisat aku nmpak sebuah cincin di jari manis aku..Alhamdulillah...aku tau sape yg sarungkan..it was from my hubby..gift from him sempena buzday aku hr ni..TQ abg!hehehhe...ingt gak buzday aku kn..
Sebenarnya, x kira la hadiah ape pn yg diberi, ape yg aku pinta adalah doa dan kasih syg yg ikhlas..tu da ckup buat aku.hehehhe...
Anyway, umur aku skang da semakin meningkat..byk lagi liku2 kehidupan yang perlu aku tempuhi..skg ni masa sgt pantas berlalu kn!semoga hari2 yg akn mendatang, menjadi lebih baik dan teratur..tq so much for all da wishes! i really2 apreciated it..

Tuesday, August 4, 2009

Makan, makan, makan...

Salam..berjumpa kita skali lagi..hehehe..entry kali ni aku nak citer ckit pasal mkn2 yg diadakan last week di EQ hotel. Actually majlis tersebut diadakan untuk meraikan birthday bapa kepada bos aku iaitu YB Datuk Abdul Ghafar Atan...turut diraikan pd majlis tu ialah Halis (adik bos) dan En Othman (C.O.O)...Aku kira one of da organizer gak la..hihihi..Alhamdulillah, majlis tu berjalan lancar wlaupun ada sedikit kerumitan..gembira betul perasaan aku bila time mkn.hehe..byk woooo makanan! sampai nk terburai perut aku melantak time tu.tahap x toleh kiri kanan.hehehe!siap tapau lg..balik uma sambung lg.hahaha...ok la, akhir kata, thanks kpd semua yg menjayakan majlis tersebut.nti kita gi mkn2 lg yek!hihihi...






ni kak norizah n kak erly. my ofismate. posing x hingat.hehehe!


belum mkn pn da senyum..penyabar btl bdk ni!


lapar la tu!


ni Datuk Hamzah..


ni wa punya 'laupan'..


acara memotong kek..meleleh air liur tgk kek tu..kek secret recipe..sedap!




starter..blm bape minit da clear..semua naga kelaparan da mkn.hihihihi!

Wednesday, July 22, 2009

Gerhana Matahari..

Salam...Hari ini 22 julai 2009, berlaku lagi kekuasaan Allah pada alam ini iaitu fenomena Gerhana Matahari. Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer. Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.
Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta...
Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana...


(Info di atas dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas)